Musolla An Nur SK 1000

Musolla An Nur SK 1000

SALAM MAAL HIJRAH 1438H

SALAM MAAL HIJRAH 1438H

Jumaat, 24 Februari 2017

WATIKAH PELANTIKAN PIMPINAN MURID




 Program : Watikah Pelantikan Pimpinan Murid
 Tarikh     : 23 Februari 2017 ( Khamis )
 Masa       : 8.00 Pagi
 Tempat    : Dewan SK1000
 Perasmian Oleh : Tuan Insp Zarihan B Mohd Zain - wakil PPS Sarjan Wan Noorma Bt Ton Harun

Semoga dengan pelantikan ini memberi semangat dan kesungguhan kepada barisan pimpinan murid SK1000 sesi 2017 untuk menjalankan tugas dan tanggujawab dengan baik dan berkesan serta membantu guru supaya tahap disiplin murid sekolah sentiasa dalam keadaan baik dan terkawal.

Terima kasih kepada Insp Zarihan B Mohd Zain, selaku wakil kepada PPS Pn Sarjan wan Noorma Bt Ton Harun di atas kesudian merasmikan program tersebut. Sesungguhnya polis dan sekolah berpisah tiada. Itulah kata-kata yang diucapkan kepada sidang hadirin oleh beliau dengan nada penuh harapan semoga hubungan sekolah dan pihak polis terus kekal demi menjamin keselamatan dan melahirkan murid-murid yang berdisiplin samada di sekolah mahupun di luar.  

Isnin, 13 Februari 2017

SELAMAT DATANG


KAMI AHLI JAWATANKUASA MUSOLLA AN NUR
 MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN
TN HJ AYUB BIN KASSIM P.J.K
SEBAGAI GURU BESAR BAHARU SK SERI BULUH
MULAI 12 FEBRUARI 2017
SELAMAT MENJADI WARGA SK1000
DAN KAMI SENTIASA BERSAMA
UNTUK MENJADIKAN SK SERI BULUH
SEBUAH SEKOLAH YANG
SENTIASA MENCIPTA KEJAYAAN
SAMADA DALAM AKADEMIK
SAHSIAH DAN KOKURIKULUM



Khamis, 9 Februari 2017

MAJLIS PERSARAAN MUHAMAD SHAIDI B ISHAK (GURU BESAR SK1000)


Penyerahan watikah Persaraan Oleh PPD HT
Hadiah Kenangan Daripada Cg Muhamad Shaidi Kepada SK 1000

Program : Bakti Disanjung, Budi Dijunjung
                 ( Persaraan Guru Besar - En Muhamad Shaidi b Ishak )
Tarikh    : 9.2.2017 ( Khamis )
Tempat   : Dewan SK1000

Majlis disambut dengan penuh meriah walaupun agak sederhana. Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan PPD , dan ketua-ketua unitnya, Selain itu turut hadir  majlis Guru Besar Daerah Hulu Terengganu dan En Mustafa Khalid wakil pengetua-pengetua daerah HT. Selama hampir 40 tahun tempoh perkhidmatan cg Shaidi dalam pendidikan sudah tentu beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan amnya dan bidang pentadbiran khususnya.

Selama 3 tahun beliau berkhidmat di SK1000 beliau seorang yang sangat kemited terutama dalam menggunakan sisitem pengurusan berkomputer dan sistematik. Terima kasih yang tidak terhingga segala jasa dan khidmat bakti cg selama ini. kami semua mendoakan semoga cg dapat menjalani kehidupan selepas persaraan dengan dilindungi Rahmat Allah sentiasa.


Ahad, 5 Februari 2017

PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH




 Nama Program : Pelancaran Program Jom Ke Sekolah
 Tarikh               : 5.2.2017
 Masa                 : 7.30 pagi
 Tempat              : Dataran SK1000
 Tetamu              : PPS ( Pn Wan Noorma Bt Ton Harun,
                             Cawangan Jenayah Ibu Pejabat Polis,
                             Daerah Hulu Terengganu )

Semoga dengan pelancaran program ini dapat mengekalkan dan meningktakan peratus kehadiran murid SK1000 yang sedia ada. Terima kasih kepada semua yang terlibat mendorong ke arah kejyaan program ini, khususnya Sarjan Pn Wan Noorma B Ton Harun selaku Pegawai Perhubungan sekolah yang mewakili PDRM. 


Isnin, 2 Januari 2017

Amanat Hari Pertama Persekolahan





Guru Besar dan Wakil JPN menyampaikan amanat masing-masing di hari pertama persekolahan

Ahad, 1 Januari 2017

Solat Hajat Permulaan Sesi 2017




Ya Allah permudahkanlah urusan kami sepanjang sesi persekolahan tahun ini. Semoga kami semua dalam peliharaanMu dan kurniakanlah keselamatan kepada kami warga SK Seri Buluh
jadikanlah segala kerja buat kami sepanjang tahun ini sebagai amal ibadah yang memberi kejayaan kepada kami dalam menyampaikan dan  ilmuMu. Aamiin. 

Selasa, 8 November 2016

PENILAIAN ASISS KPM PERINGKAT KEBANGSAAN 2016



8 November 2016, Seramai 3 Panel Penilai Profesional telah datang membuat penialian Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah KPM peringkat kebangsaan iaitu terdiri daripada Pn Farhana bt Abd Rashid (KS Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam BPI KPM) , Us Zulkefli bin Hamat (KU Unit Kepimpinan BPI KPM) dan Us Abd Rahman bin Che Soh (Pen Pengarah Unit Budaya dan Syiar Islam BPI KPM merangkap pegawai penyelaras ASISS KPM). Turut hadir ialah Pegawai-pegawai dari Sektor Pendidikan Islan JPNT, Penyelia Agama PPD Hulu Terenggnau dan Naib yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru En Ahmad Bin Idris.

Alhamdulillah proses penilaian berjalan dengan lancar dan memuaskan. AJK Musolla An Nur merakamkan jutaan terima kasih kepada Panel Penilai dan semua yang menjayakan hari penilaian ini. Semoga apa yang kita lakukan selama ini dirahmati dan kejayaan akan menjadi milik Musolla an Nur. InsyaAllah.